Apa Itu Shutter Speed?

Apa Itu Shutter Speed?

Apa Itu Shutter Speed? Ini mungkin antara persoalan-persoalan yang timbul bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia fotografi.

Shutter Speed adalah tetapan pada kamera yang mengawal berapa lama shutter terbuka yang membolehkan cahaya masuk melalui lensa ke sensor kamera.

Shutter speed di ukur dalam unit saat atau lebih kecil lagi dari satu saat. Semakin besar nilai pecahan maka semakin cepat shutter speed (Contoh: 1/1000 jauh lebih pantas berbanding 1/30)

1/400 bermaksud jendela kamera akan dibuka selama 1/400=0.0025 saat.. 1/400 ni biasanya digunakan bila shoot subject bergerak laju seperti motor, sukan dll. Kalau subject tak bergerak, kita boleh la turunkan kelajuan shutter tu seperti 1/100=0.01 saat.. Bila bukaan shutter tak berapa laju, boleh lah rendahkan sikit iso supaya gambar lebih rendah noise

Pada keadaan yang sangat cerah, jika shutter di buka agak lama maka akan banyak cahaya yang sampai kepada sensor seterusnya menghasilkan gambar yang pucat atau putih. Ia juga di panggil sebagai Over Exposed.

Bagi mendapatkan gambar dengan keadaan pencahayaan yang sederhana tidak over atau under exposed tetapan shutter speed yang kita perlukan adalah selama setengah saat.

Secara ringkasnya semakin lama shutter terbuka ia akan menghasilkan gambar yang kabur (blur) walau hanya terdapat sedikit sahaja gerakan (shake) ketika shutter terbuka seterusnya memberi kesan blur pada gambar.

Apakah tetapan yang terbaik untuk shutter speed? Tetapan shutter speed ini bergantung juga dengan apature serta ISO. Ketiga-tiga tetapan asas ini saling berkaitan dan ini lah yang mementukan setting yang sesuai untuk mendapatkan pencahayaan gambar yang anda mahukan.

No comments

Powered by Blogger.